Saturday, 19 October 2013

Kreativiti Menjana Keuntungan

"DazzlingDenim merupakan sebuah perniagaan dalam talian yang kian popular dan mendapat perhatian kerana menghasilkan produk berasaskan jeans terpakai. Bagi Qurratu Izyan Nadzarein Shah, pelajar jurusan Bahasa Inggeris tahun dua yang menjalankan perniagaan dalam talian disebabkan minat beliau terhadap produk beg berasaskan jeans yang dihasilkan oleh sahabatnya dan juga merupakan rakan kongsinya. Menurutnya, idea untuk menjual dan memperkenalkan produk berasaskan jeans muncul ketika beliau menonton rancangan Wanita Hari Ini mengenai "online business". Beliau terfikir untuk menggembangkan lagi produk berasaskan jeans terpakai yang dihasilkan oleh rakannya, Aimi Nadzirah Yahya." - Nadi Bangi, UKM 2013

Ilham produk jean terpakai


Seakan-akan tidak percaya apabila kru Jurnal melihat anak muda yang masih menuntut peringkat ijazah jurusan Pengajian Bahasa Inggeris di Universiti Kebangsaan Malaysia ini dengan tekun menyiapkan tempahan pelanggan. Daripada kain seluar jean terpakai, Qurratu Izyan Nadzarein Shah, 23, mengubahnya menjadi bag tangan, sarung telefon bimbit, sarung cermin mata, jaket dan sarung botol air. Menurutnya, idea perniagaan berasaskan jean itu diperoleh ketika menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat swasta selain ia merupakan hobi rakan kongsinya yang merupakan penuntut di Universiti Putra Malaysia, Aimi Nadzirah Yahya, 23. 

Aimi yang memperkenalkan kemahiran ini kepada saya sebelum dipraktikkan sendiri olehnya. "Mulanya, hasil yang diperoleh kurang menjadi tetapi itu tidak melemahkan semangat saya untuk terus mencuba." Sebenarnya, rekaan yang dihasilkan bergantung kepada kreativiti dan permintaan pelanggan itu sendiri. Menerusi blog dan medium Facebook, DazzlingDenim, Izyan dan rakan kongsinya menjalankan promosi dan menerima tempahan terutamanya pada cuti semester.- 
Kosmo 2013



.::susahsenangkami::.

Daisypath Friendship tickers

.::Umur BLOG::.

Daisypath Anniversary tickers

.::Butangs::.