Saturday, 19 October 2013

Ilham produk jean terpakai


Seakan-akan tidak percaya apabila kru Jurnal melihat anak muda yang masih menuntut peringkat ijazah jurusan Pengajian Bahasa Inggeris di Universiti Kebangsaan Malaysia ini dengan tekun menyiapkan tempahan pelanggan. Daripada kain seluar jean terpakai, Qurratu Izyan Nadzarein Shah, 23, mengubahnya menjadi bag tangan, sarung telefon bimbit, sarung cermin mata, jaket dan sarung botol air. Menurutnya, idea perniagaan berasaskan jean itu diperoleh ketika menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat swasta selain ia merupakan hobi rakan kongsinya yang merupakan penuntut di Universiti Putra Malaysia, Aimi Nadzirah Yahya, 23. 

Aimi yang memperkenalkan kemahiran ini kepada saya sebelum dipraktikkan sendiri olehnya. "Mulanya, hasil yang diperoleh kurang menjadi tetapi itu tidak melemahkan semangat saya untuk terus mencuba." Sebenarnya, rekaan yang dihasilkan bergantung kepada kreativiti dan permintaan pelanggan itu sendiri. Menerusi blog dan medium Facebook, DazzlingDenim, Izyan dan rakan kongsinya menjalankan promosi dan menerima tempahan terutamanya pada cuti semester.- 
Kosmo 2013



3 comments:

  1. Salam,
    saya shafinas, boleh saya minta nombor telefon quratul untuk dihubungi.

    ReplyDelete
  2. Tahniah atas hasil kerja anda berdua. Moga lebih Berjaya.

    ReplyDelete
  3. Kreatif ! Saya juga minat buat beg recyle dari seluar jeans. Terbaru saya buat backpack

    ReplyDelete

.::susahsenangkami::.

Daisypath Friendship tickers

.::Umur BLOG::.

Daisypath Anniversary tickers

.::Butangs::.